"...LAGU SUDIRMAN..."
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
* ayahanda dan bonda......maafkan dosa anakmu ini.......terima kasih atas pengorbananmu membesarkan daku....agar aku jadi insan yg berguna satu masa nnti.......moga ayahanda dan bonda dirahmati ALLAH selalu.....Amin.......

Labels

Wednesday, December 8, 2010

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".

Kelebihan:
1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

untuk dikongsi bersama...Amalkan zikir ini sentiasa.............moga kita di rahmati ALLAH.....

GRADUAN "ULAT BUKU" TAK KE MANA


Dipetik dariHarian Metro, Selasa, 7/12/2010
http://www.hmetro.com.my/articles/Graduan_ulatbuku_takkemana/Article

" JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.

Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.

Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.


Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan. "

Satu fenomena yang harus diambil berat oleh semua bakal graduan, sesamalah kita menilai kemampuan diri kita untuk pasaran pekerjaan. Kekurangan kita harus diperbaiki moga kita tidak mendapat gelaran ' penanam anggur berjaya'.


Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan akhirat.......Amin.....

BOLA SEPAK MALAYSIA DI AFF SUZUKI CUP


Ni la nasib pasukan bola sepak kita, bila bejaya pujian melangit, bila kalah kutukan membukit. Walau macammana pun sifat kesukanan yang tinggi harus ditunjukkan. Biar kita menang bermaruah dan kalah pun bermaruah. Jangan jadi peribahasa "menang sorak kampung tergadai".

Tak mustahil kita mampu benam Filipina, semangat "1 Malaysia" dan selogan "Malaysia Boleh" harus menjadi azimat yang mujarab bagi membuktikan siapa kita di bumi asean ini. Jangan kita gentar slogan "ganyang Malaysia", moga itu pun menjadi tangkal yang kukuh bagi kejayaan pasukan Malaysia.

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia layak ke separuh akhir AFF Suzuki. Moga kita mampu ke gelanggang akhir dan seterusnya JUARA...........Amin......


........MaJuLaH SuKaN UnTuK NeGaRa..........

Tuesday, December 7, 2010

POINTER OH POINTER

“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" (artikel diambil dari ILUVISLAM)


“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.



Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.



“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar. Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?” “AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.” “Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.



Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.



Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.



Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?



Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman. Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”



“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.” Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.

Friday, December 3, 2010

JALAN-JALAN KE BATU LAYAR


Percutian pada 11.8.2008 merupakan trip pertama percutian beramai-ramai budak BDD.....satu percutian yang menyeronokkan......

sebahagian yg terlibat

berposing dulu la yer.....

acara yg dinantikan...bErKuBaNg.....hahhaha

muka-muka yang kebuluran...

makan dengan rakusnya....hahahaa...lapar la katekan...

ni la benda yang kami bedal.......lAzAtNyA....yuMMMMi..

latihan menjadi nelayan....tangkap ikan kecil daa.....

ini la hasil tangkapannya...bukan makan pun...buat seronok-seronok je...

kami sarapan di Bandar Penawar sebelum bertolak balik ke Batu Pahat.......ini bersama cecep (ramzui)..

konvoi bergerak pulang ke batu pahat...Alhamdulillah semua selamat sampai....





terima kasih kepada semua yang terlibat...ada masa kita jalan-jalan lagi...heheheeehhee

JALAN-JALAN KE HUTAN LIPUR SOGA PERDANA

Satu aktiviti yang mencabar fizikal dan mental..........nasib baik semua selamat naik dan selamat turun.......

http://deenyunos.blogspot.com/2009/04/lima-wira-ezu-wan-faris-lee-dan-deen.html

JALAN-JALAN KE JOHOR BAHRU

Pada 14.3.2009 kami telah bersiar-siar di Johor Bahru.......perjalanan pergi melalui Rengit, Pontian dan seterusnya sampai ke Johor Bahru........perjalanan pulang pula melalui Skudai, Kulai, Simpang Renggam, Machap dan akhirnya tiba di Batu Pahat.......dibawah ini adalah gambar-gambar kegembiraan yang telah dirakamkan.......

http://deenyunos.blogspot.com/2009/04/jalan-jalan-ke-johor-bahru.html

4 CIRI WANITA YANG BAIK



1. Perempuan yang cepat nikah (kahwin)

2. perempuan yang ramai anak

3. perempuan yang rendah (sedikit) mas kahwinnya

4. Perempuan yang baik akhlaqnya:

      a. baik terhadap suami/ibubapanya,anak- anak

      b. Tidak mengumpat terhadap jiran-jiran atau rakan-rakan

      c. Sabar dalam menempuh dugaan Allah

      d. Tidak berhias semasa keluar rumah.(berhias hanya utk suami)

      e. Tidak memaksa suami mengikut kehendaknya

      f. Syukur terhadap pemberian suami walaupun ianya sedikit tidak disuka

      g. bercakap mengenai perkara-perkara berfaedah

      h. taat terhadap suami

      i. diam ketika suaminya berbicara

      j. tidak keluar rumah tanpa izin suami

      k. baik pergaulan dengan rakan serta jiran tetangga

TUDUNG OH,, TUDUNG


SEBUAH CERITA TENTANG TUJUAN BERTUDUNG.....
MOGA KITA AMBIL PENGAJARAN...
Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Selesai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

by Hanim Napiah

Thursday, December 2, 2010

SIFAT WANITA YANG DISUKAI LELAKI



1. KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2. KEANAK-ANAKAN
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3. PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4. MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

5. MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3.

6. PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9. SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...